Aplikasi matematik dalam bidang seni bina telah berlaku
sejak zaman dahulu lagi. Pada zaman dahulu, pelbagai konsep serta rumus
matematik telah digunakan untuk membina sesebuah bangunan. Konsep matematik
seperti geometri dan simetri sering digunakan dalam bidang pembangunan. Ia
telah lama menjadi elemen reka bentuk dan gaya seni bina. Ia sangat
mempengaruhi binaan Menara Pisa, Monticello, Astrodome, Bangunan opera Sydney,
tingkap gereja Gothic dan Pantheon. Simetri digunakan pada banyak reka bentuk
asas bangunan, terutamanya pintu, tingkap, dan perhiasan bangunan.
No comments:
Post a Comment