1.9 APLIKASI MATEMATIK DALAM PERNIAGAAN


 
Perniagaan merupakan satu sistem pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan. Pada asalnya, pertukaran ini dikatakan sebagai sistem barter atau suka-sama-suka. Kini biasanya duit digunakan sebagai ganti.

Matematik memainkan peranan yang penting dalam perniagaan untuk merekod dan menguruskan operasi perniagaan. Matematik biasanya digunakan dalam bentuk pecahan, perpuluhan, peratusan, algebra, statistik dan kebarangakalian. Syarikat terutamanya menggunakan metematik dalam perakaunan, pengurusan inventori, pemasaran dan analisis kewangan. Semua urusniaga dalam perniagaan perlu direkodkan dalam akaun syarikat. Ini akan membolehkan akauntan untuk mengenal sejauh mana perniagaan itu dijangka akan berlaku.

Perniagaan juga bergantung pada penggunaan peratusan. Peratusan dalam bentuk diskaun diberikan kepada pelanggan apabila mereka menjual produk atau memberi perkhidmatan. Matematik juga digunakan dalam perniagaan untuk mengira bilangan jam pekerja bekerja dan jumlah yang perlu dibayar.

 
Ilmu matematik sangat diperlukan dalam kehidupan seharian setiap individu. Maka, murid-murid  perlu mahir dalam bidang matematik supaya mereka dapat mengaplikasinya dalam setiap aktiviti dalam kehidupan seharian mereka.

No comments:

Post a Comment