Sejak kebelakangan ini, bilangan penduduk yang hidup di dunia makin meningkat. Menjelang tahun 2000, akan terdapat 10 kali ganda bilangan penduduk di dunia berbanding dengan bilangan penduduk
pada 300 tahun yang lalu.
Bagaimana bilangan penduduk boleh berkembang begitu cepat? Fikirkan salasilah. Di bahagian atas adalah ibu bapa dan di bawah mereka adalah anak-anak yang mereka miliki. Di bawah anak-anak adalah anak-anak mereka dan diikutinya dengan setiap generasi. Selagi ahli keluarga terus berkembang, salasilah akan semakin besar dengan setiap generasi yang akan datang. Perkara yang sama berlaku kepada penduduk di dunia.
Bagi membuat anggaran yang munasabah bahawa bagaimana penduduk dunia akan berkembang dalam tempoh 50 tahun yang akan datang, murid-murid perlu melihat kadar kelahiran dan kematian manusia dalam tempoh yang
tertentu. Jika
kadar kelahiran dan kematian manusia berada pada tahap yang sama sepanjang tahun di seluruh dunia, perkembangan bilangan penduduk boleh digambarkan dengan formula yang agak mudah seperti yang digunakan untuk mengira faedah kompaun. Kadar kelahiran dan kematian penduduk tidak sama sepanjang masa. Penyakit atau bencana boleh menyebabkan kadar kematian meningkat bagi tempoh yang tertentu. Manakala, ekonomi yang berkembang pesat mungkin menyebabkan kadar kelahiran yang lebih tinggi bagi tahun yang tertentu.
Sepanjang 1960-an, penduduk dunia berkembang pada kadar 2% setiap tahun. Menjelang tahun 1990, kadar penduduk turun kepada 1.5%, dan pada tahun 2015, ia dijangka jatuh kepada 1%. Penduduk yang semakin tua dan kesan-kesan penyakit seperti AIDS adalah beberapa faktor di sebalik penurunan kadar penduduk. Menjelang tahun 2015, pakar-pakar menganggarkan akan ada 7 bilion penduduk di planet ini. Menjelang 2050 pula, mungkin terdapat sebanyak 10 bilion penduduk hidup di bumi.
Maka, bagi mengira kadar
kelahiran dan kematian penduduk di dunia, murid-murid memerlukan matematik.
No comments:
Post a Comment